18 Februari 2011

Badminton

Hai rakan2 blogger semua... dah 2 minggu rasanya tak update entri... Semuanya gara2 kesibukan bekerja. Letihnya bila bekerja ni kan. Somehow kalai kita bekerja pun kita perlukan aktiviti untuk keluarkan peluh. Ini semua untuk tubuh badan kita supaya menjadi sihat. Sebenarnya saya nie dah naik badan since 3 bulan berumahtangga nie badan menjadi2. So saya pun mencari aktiviti. Aktiviti paling banyak keluar peluh ialah badminton. Sebelum berkahwin saya selalu jogging but after berkahwin nie jadual waktu pagi terlalu padat n rushing. Sebelum kahwin rajin bangun kul 5am pergi jogging kat Tasik Taman Jaya dari Shah Alam. After dah kahwin nie adoyai pukul 5am tue masih atas katil lagi.. Al maklum lah dah ada bantal peluk... hehhehe



Ok lah kat sini saya pilih aktiviti badminton. Ini kerana badminton adalah aktiviti berkumpulan. Bila kita membuat aktiviti berkumpulan kita akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebenarnya aku nie tak lah pandai main badminton apatah lagi rules untuk main badminton. Setakat main2 untuk keluarkan peluh boleh lar. But bila ada geng yang hebat2 nie kita rasa nak jadi yang terbaik. So aku pun kenalah rajin belajar dari senior2 yang hebat nie. Tambahan pula bile tempat training aku tue selalu jumpa roslin hafiz dan razif sekeluarga main kat situ.. Barulah berkobar2 kan... hehheeh

Yang bestnya tetiba pulak ada pertandingan badminton antara jabatan pulak. Nama aku terpilih... Tekanan juga pasalnya 1st time aku nak masuk pertandingan nie. Selama nie kalu pertandingan pun time aku di bangku sekolah n kat universiti dulu. Time dah bekerja nie nie lah pertama2 kali nya saya nak bertanding. Esok adalah pertandingan badminton tersebut. Haih camna lar agaknya yerk.. dah lah bergu pulak tue. tak tido malam lah aku hari nie.

Korang kalu nak tahu tentang badminton korang boleh baca kat sini... Sejarah dan Peraturan Badminton
Ok lah yer korang doa2kan lah aku tak injured esok.... Hiduplah sukan untuk negara!!


1 ulasan:

Rose@Shada berkata...

akhirnya... aku menang juga beregu wanita..walaupun tak masuk final...hehhehe