06 Februari 2011

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Episode Akhir

Makanan kat Balikpapan yang paling best seafood iaitu kepiting (ketam). Murah sangat kitorang memang kekenyangan sangat and worth it untuk makan seafood dia. Nama restoran dia Dandito.





Gambar di atas adalah ole-ole yang dapat kitorang beli kat sana. Tak banyak pun shopping kat sana. Just untuk yang terdekat. Tapi untuk diri sendiri memang tak beli apa-apa.


Dan terakhir aku sangat happy coz dapat jalan2 cari makan n kenali budaya orang di balikpapan tambahan pula pergi bersama en suami yang tercinta... Kat bawah nie aku kasik history sikit tentang Balikpapan k...


Balikpapan merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Bandar ini memiliki wilayah seluas 946 kilometer persegi dan populasi penduduk seramai 535,829 orang (2005) Balikpapan terdiri dari 5 daerah:
  • Balikpapan Utara
  • Balikpapan tengah
  • Balikpapan timur
  • Balikpapan selatan
  • Balikpapan barat
Majoriti pendatang adalah dari Pulau Jawa, Sulawesi , dan Banjarmasin.

Kalimantan Timur ibukotanya adalah Samarinda. Gabenornya ialah  Awang Faroek Ishak . Suku kaumnya adalah terdiri dari Jawa, Bugis, Banjar, Dayak, Kutai dan suku kaum lain. Bahasa nya ialah bahasa Indonesia, Banjar, Dayak dan Kutai. Majoriti adalah agama Islam (85,2%), Kristian (Protestan & Katolik) (13,9%), Hindu (0,19%), dan Budha (0,62%) (2000).
 
Ok lah kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Balikpapan



Tiada ulasan: