16 Januari 2011

Info tentang Cara kebumi mengikut Agama

ISLAM

Upacara pengebumian dalam Islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Hukum Islam menetapkan jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan kecuali bagi mereka yang mati syahid.

Islam juga menyuruh urusan pengebumian dilakukan segera. Sebaik seseorang umat Muhammad meninggal dunia, dia perlu dimandikan menurut langkah dan peraturan memandikan mayat. Kemudian dikafankan dengan kebanyakannya mayat umat Islam dibalut dengan kain kapas asli berwarna putih.

Kain kafan juga digalakkan disembur dengan haruman yang tidak mengandungi alkohol. Mayat kemudian disembahyangkan dengan kaedah solat yang berlainan dengan solat biasa kerana solat jenazah tidak mempunyai rakaat sebaliknya cuma salam.

Selepas disembahyangkan, mayat dikebumikan dalam liang dengan wajahnya dihadapkan ke arah kiblat.






HINDU

Penganut Hindu percayakan kelahiran semula dan melihat kematian sebagai roh daripada satu tubuh ke satu tubuh yang lain.  Mereka membakar mayat kerana percaya ia mengambarkanpembebasan roh dan api mewakili dewa Brahma.

Anggota keluarga akan berdoa dikeliling mayat sebaik selepas kematian tetapi cuba mengelak dari menyentuh mayat kerana dianggap mencemarkan.

Mayat dimandikan dan dipakaikan pakaian tradisional berwarna putih. Tugas membakar mayat selalunya dipikul oleh anak lelaki sulung yang akan menyalakan api dan mengelilingi mayat.



KRISTIAN

Penganut Kristian kini boleh membuat pilihan sama ada menanam atau membakar mayat tetapi ada juga sesetengah fahaman gama itu menentang kaedah berkenaan. Tahap pertama membabitkan kehadiran paderi ke rumah si mati.

Sebelum keranda dibawa keluar daripada rumah menuju ke gereja, ia dipercik dengan air suci. Tahap kedua ialah perhimpunan anggota keluarga , rakan dan ahli gereja. Lilin dinyalakan di sekeliling keranda dan dibiarkan terbakar.

Mayat kemudian dibawa ke tanah perkuburan ditanam selepas sekali lagi dipercik dengan air suci.


15 Januari 2011

Perut owhhh perut!!!

Dua tiga hari nie perut tak sedap jer... makan itu ini sumanya tak kena.. adoyai...macam2 benda aku letak kat perut... ubat pun aku makan...

so aku pun pakai lah ubat mustajab kat atas nie...nie adalah diantara kemujaraban ubat mustajab:-
  • Urutan seluruh badan
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Sakit otot dan sendi
  • Kembung perut dan sakit belakang
  • Mengurangkan selulit
  • Melegakan sakit akibat senggugut
  • Sesuai untuk wanita lepas bersalin (Hanya selepas 4 bulan)
  • Lebih panas dari "Losyen Mustajab Pati Halia" biasa

actually aku pakai ubat nie bukan untuk kurus ker apa tapi pasal kembung perut... tapi kejap jer ler... but still kembung gak... actually ubat nie bagus cuma ntah lar perut aku still meragam...kalu part kentot tue pergh baunya... tak hingat... husband aku yang tengah tidor pun... roh dia pun bleh masuk balik... lari lintang pukang cari jasad pasal busoookkkk sangat!!!

Then aku nie makan lar ubat yang opismate aku bagi gak ... tapi tak luttt lar...

jap g aku nak p farmasi try beli nie pulak lar... gaviscon...adoyai...

08 Januari 2011

Muslimah swimwear...

Hari nie rasanya macam nak pergi berenang kat kolam renang bukan di air terjun or laut ok... I dont like... Aku tak suka mandi tempat2 cam gitu pasal aku nie tak tahan sejuk satu, then nak tukar pakaian kat kawasan2 cam gitu kan payah sikit... toilet awam pulak dah lar tak bersih...

So yang paling bersih n puas mandi adalah di kolam renang yang banyak klorin tue... ekekekek... tak kisah lar yang penting aku bleh exercise... sambil menyelam sambil exercise... so aku pun surf internet untuk tgk baju2 swimming yang ala muslimah so takde lah yang terdedah2 aurat tue kan. lagipun badan aku nie kalu cantik takpe masalah nya chomel sangat...

And aku dapati banyak gak blog yang jual baju renang muslimah nie... alhamdulilah sekrang ni dah banyak brg yang berkonsepkan islamic..so meh aku kasik rujukan sikit erk...
blog swimwear muslimah:-
1.http://www.bajurenang.com/muslimah_swimwear/index.htm
2.http://www.islamicbajurenang.blogspot.com/

so aku rasa aku nak pie cari kedai dia lar... yeay nak p cari baju renang... bestnya!!!

Tak Suka Orang yang Bangga Diri n Mengada-ngada

Actually aku buat posting nie pasal aku nak luahkan sangat... pasalnya aku rasa menyampah bila ada hamba Allah nie yang sangat melebih-lebih dan mengada-ngada... Kalau korang nak tahu aku nie bukan seorang yang suka sangat menyampah kat orang.. but kali nie aku rasa sangat menyampah if selalu sangat citer tentang dia n keluarga dia... So menyampah ok....

Mulanya aku ingatkan aku sorang jer yang menyampah tapi ramai juga yang rasa cam gitu.. Aku paling tak suka pompuan yang tak reti berdikari and terlalu mengharapkan somebody untuk buat apa-apa pun... Entah lah maybe aku bukan orang yang macam tue kot... but nobody knows one day aku akan jadi gitu kan... hahhahah..

Hamba Allah nie mmg sentiasa cerita pasal diri dia dan keluarga dia...tak pernah nya ada yang kurang...boleh dikatakan apa yang diceritakan menggambarkan diri dia ni cukupppp SEMPURNA... biasanya org macam tu mmg tak suka kalah so mesti dia akan pastikan yg dia ajer yg menang...so ceritanya jangan layan sangat  orang macam nie sbb kalo dilayan orang macam nie, kadang - kadang diambik kesempatan pulak....

Memang pun part amik kesempatan tue aku ada nampak gak lar... so aku kekadang malas nak layan... Aku tak nafikan dalam dunia nie setiap manusia dilahirkan dengan personaliti yang berbeza. Dah pasti ada yang bersifat negatif. Memang mereka yang bercakap besar ni sedikit sebanyak akan menyebabkan orang lain tidak senang untuk berdamping dengannya.. Namun ada juga yang suka berdamping dengan mereka.. Heran gak orang yang bleh berdamping ngan dia nie.. Samada nak jaga hati or else.. don't know...
Kesimpulannya aku nak bagitahu kat sini..Bercakap besar sehingga menimbulkan perasaan riak merupakan sesuatu yang patut dijauhkan. Ini kerana selain ianya merupakan antara dosa besar ia juga akan memberi tanggapan yang kurang senang oleh pihak lain…Bersikap berhati-hati dalam percakapan perlu diamalkan.. Amalkan resmi padi tunduk selalu dan jangan menjadi lalang yang tegak namun kosong isinya.. Semoga idea yang sedikit ini mampu memberi sedikit sebanyak pedoman kepada semua yang membaca termasuk orang yang menaip ini.,,amin..


07 Januari 2011

Kenapa period tak teratur?

Hai salam semua, dah lama agaknya tak update blog... mana taknya since dah kahwin nie semakin sebok...
Ok lah hari nie saya pergi jumpa Dr. Siti di Selangor Medical Centre, Shah Alam... Sebabnya period saya dah 4 minggu n non stop... Actually baru bulan lepas period datang sebelum nie amik suntikan hormon 3 bulan pasalnya b4 this period heavy sangat...

So pagi tadi pergilah jumpa doktor... then Doc check berat badan... mak aihhh terkezut den badan 2 bulan kahwin naik 15kg... adoyai... sangat memberangsangkan...kuikuikui.. pertukaran hormon...
ermmm.. segan depan En.Suami bila dia tahu berapa weight kita...owhhhh tidak...
tapi nak buat camna kan... dia kena tahu gak.. So doktor pun nasihatkan supaya reduce my weight... if not payah nak dapat baby... owh no!! tak bleh jadik... kena gak turunkan berat badan by hook or by crook!! I nak baby ok!!!! Doktor kata berat badan memainkan peranan coz lemak2 tue buatkan hormon kita tak betul tue pasal lar period tak menentu...

Then doktor pun refer kan saya kat doktor dietitian.. So dietition pun menasihatkan supaya banyakkan makan sayur or serat n buah buahan... cara pemakanan n jadual pemakanan pun dia dah bagi... Hope after this saya kena ubahkan cara pemakanan saya ok!!! Untuk cepat dapatkan baby!!! Insyallah...

So kesimpulannya tahap hormon saya tidak seimbang dan pastikan juga berat badan dikekalkan pada tahap ideal mengikut ketinggian badan bagi mengelakkan masalah sampingan kepada kitaran haid.