23 Julai 2011

Mudah Tersinggung Tanda Anda Kurang Vitamin

Kalau anda cepat merasa tersinggung dan cemas,itu menandakan anda kekurangan vitamin B, zat besi atau asid folat.
Sebenarnya khasiat ini berperanan untuk membekalkan sel darah merah dan oksigen pada otak dan organ lain. Apabila zat ini tidak cukup, anda pasti akan tidak selesa, cepat lemas dan sekaligus akan merosakkan aktiviti harian.
Sebagai cadangan, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tersebut dan beriadahlah untuk meningkatkan metabolisme.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wanita Lebih Hebat Mengawal Stress Berbanding Lelaki

Wah, lelaki pasti cemburu denfan fakta ini. Satu kajian yang dijalankan oleh ahli antropoligi biologi, Teresa Pollard Ph.D mendapati wanita mampu mengatasi tekanan yang lebih hebat berbanding lelaki.
Menurut hasil kajian ini, kadar adrenalin wanita tetap stabil walaupun tekanan pekerjaan masih belum selesai. Secara psikologinya, Pollard percaya bahawa wanita sudah memperolehi perlindungan khusus daripada hormon-hormon mereka.
Published with Blogger-droid v1.6.8