16 Januari 2011

Info tentang Cara kebumi mengikut Agama

ISLAM

Upacara pengebumian dalam Islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Hukum Islam menetapkan jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan kecuali bagi mereka yang mati syahid.

Islam juga menyuruh urusan pengebumian dilakukan segera. Sebaik seseorang umat Muhammad meninggal dunia, dia perlu dimandikan menurut langkah dan peraturan memandikan mayat. Kemudian dikafankan dengan kebanyakannya mayat umat Islam dibalut dengan kain kapas asli berwarna putih.

Kain kafan juga digalakkan disembur dengan haruman yang tidak mengandungi alkohol. Mayat kemudian disembahyangkan dengan kaedah solat yang berlainan dengan solat biasa kerana solat jenazah tidak mempunyai rakaat sebaliknya cuma salam.

Selepas disembahyangkan, mayat dikebumikan dalam liang dengan wajahnya dihadapkan ke arah kiblat.






HINDU

Penganut Hindu percayakan kelahiran semula dan melihat kematian sebagai roh daripada satu tubuh ke satu tubuh yang lain.  Mereka membakar mayat kerana percaya ia mengambarkanpembebasan roh dan api mewakili dewa Brahma.

Anggota keluarga akan berdoa dikeliling mayat sebaik selepas kematian tetapi cuba mengelak dari menyentuh mayat kerana dianggap mencemarkan.

Mayat dimandikan dan dipakaikan pakaian tradisional berwarna putih. Tugas membakar mayat selalunya dipikul oleh anak lelaki sulung yang akan menyalakan api dan mengelilingi mayat.



KRISTIAN

Penganut Kristian kini boleh membuat pilihan sama ada menanam atau membakar mayat tetapi ada juga sesetengah fahaman gama itu menentang kaedah berkenaan. Tahap pertama membabitkan kehadiran paderi ke rumah si mati.

Sebelum keranda dibawa keluar daripada rumah menuju ke gereja, ia dipercik dengan air suci. Tahap kedua ialah perhimpunan anggota keluarga , rakan dan ahli gereja. Lilin dinyalakan di sekeliling keranda dan dibiarkan terbakar.

Mayat kemudian dibawa ke tanah perkuburan ditanam selepas sekali lagi dipercik dengan air suci.


Tiada ulasan: