06 April 2021

Part 1|4 April 2021 | Bukit Berekeh, Sg Siput | Lady’s Ipoh Kaki Running, Hiking, Cycling & Makan-makan

Alhamdulillah perjalanan ke Bukit Berekeh @ Bukit Barakeh, Sg Siput dipermudahkan sepanjang pendakian sehingga pulang ke rumah walaupun terdapat berita dukacita salah seorang sahabat kami bapa mertuanya meninggal dunia pada 7 pagi.

Sepanjang hari sebelum naik ke bukit memang semua geng kami tak senang duduk sebab prepare macam macam nak naik ni... ada yang sampai tak bleh tido siang tu...yer lah setiap kali aktiviti yang kami buat memang semua tak bleh nak tido, macam macam perasaan ada.

Yang dok buat wanpaku pun ada, yang aku memang dah nak bawa telur untuk setiap sorang 2 biji.. so aku kena rebus telur untuk geng geng kesayangan aku...

Bila dah jam 11:30 malam aku dah keluar rumah nak ambil Kak Ila.. bila sampai rumah dia Whatsap kata dah sampai tapi dia tak reply... hai dalam hati kata kak ila ni tak jadi ikut ker... kat 3 kali keluar masuk kereta bagi salam tapi takde jawapan...

Dah kat jam 11:50 malam aku call shafur... apa nak buat so dia kata takpe datang umah dia dulu sebab pakcik van tu dah datang.. x sampai berapa saat aku nak gerak Kak Ila call... huahuahuahu... dia boleh tertido komer.... 

Kak Ila rajin buat wanpaku untuk kami. Tq Kak Ila.

Nasib ler kami tak tinggeikan dia kalau tak mau 44 hari tak mau dibuatnya Wanpaku.. hahhaha. Then terus ke rumah shafur pakcik van dah tunggu.. kemudian ambil dak ami kat Sheel Jalan Kuala, terus ke Kg Tawas ambil Fiza dan Kak Linda akhir sekali kami ambil Ara kat Klebang... Yang takde kak Nora sebab dia bendera jepun sontak bleh nak follow ghisau bocoq..

Sampai kat Sg Siput kami jumpa si Nurul.. Nurul dia naik kereta sendiri sebab esoknya dia terus nak hantar anak ke asrama tu dia kena naik kereta. Nurul guide sampai ke Masjid Kampung Bawong... ingatkan dekat je dari pekan Sg Siput tapi mak aiii... kedalam juga ooo...

Kecoh dalam van

Dalam tandas kat Masjid pun kecoh

Ni lah van kami

Kami sampai awal dalam jam 2 pagi kat Masjid.. so kak linda kata guider tu bleh bawa naik awal... kami pun siap2 pakai stokin, kasut, pakai apa yang patut...Then jam 2:45am kami pun gerak naik ke atas dengan lafaz bismillah dan sedikit penerangan dari guider kami Abang Syuk...




Tiada ulasan: