08 April 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

1.Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.









2.Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.








3.Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.








4.Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang & membersihkan perut.









5.Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.











6.Tembikai (segala jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.








7.Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.











8.Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.











9.Minyak Zaitun - Rawatan kulit & rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.











10.Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.











11.Cuka - Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Italy)











12.Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

17 September 2011

MaNdi WajiB (JuNuB)

Sebenarnya aku dah lama nak tahu tentang perkara yang nak dibincangkan ini. Dan akhirnya aku telah mendapat jawapan so aku nak share ngan korang semua....


Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?  

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا 
يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
 
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 ) 

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh. 

23 Julai 2011

Mudah Tersinggung Tanda Anda Kurang Vitamin

Kalau anda cepat merasa tersinggung dan cemas,itu menandakan anda kekurangan vitamin B, zat besi atau asid folat.
Sebenarnya khasiat ini berperanan untuk membekalkan sel darah merah dan oksigen pada otak dan organ lain. Apabila zat ini tidak cukup, anda pasti akan tidak selesa, cepat lemas dan sekaligus akan merosakkan aktiviti harian.
Sebagai cadangan, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin tersebut dan beriadahlah untuk meningkatkan metabolisme.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wanita Lebih Hebat Mengawal Stress Berbanding Lelaki

Wah, lelaki pasti cemburu denfan fakta ini. Satu kajian yang dijalankan oleh ahli antropoligi biologi, Teresa Pollard Ph.D mendapati wanita mampu mengatasi tekanan yang lebih hebat berbanding lelaki.
Menurut hasil kajian ini, kadar adrenalin wanita tetap stabil walaupun tekanan pekerjaan masih belum selesai. Secara psikologinya, Pollard percaya bahawa wanita sudah memperolehi perlindungan khusus daripada hormon-hormon mereka.
Published with Blogger-droid v1.6.8

31 Mei 2011

Tips Untuk Segera Mendapatkan Cahaya Mata

Adakah kehadiran cahaya mata penting untuk kebahagiaan sesebuah rumahtangga?

Anak kandung adalah perkara paling utama yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan di muka bumi ini.
Kehadiran cahaya mata  sebagai satu syarat utama untuk mendapatkan kebahagiaan berkeluarga.
Betul ker???

So bagaimana bila pasangan tersebut telah lama berkahwin dan masih belum mempunyai cahaya mata?? Bagaimana caranya untuk memperoleh keturunan? Sebelumnya jawab lah soalan seperti di bawah;


1. Sudah berapa lama bernikah? Belum genap 6 bulan? Antara 6 bulan hingga satu tahun? Lebih dari satu tahun? Lebih dari tiga tahun?


Bila pasangan baru bernikah belum genap satu tahun, bersabarlah. Patut menjadi perhatian bila usia perkahwinan telah menginjak tahun ketiga namun tanda-tanda "terlambat" belum muncul juga.

2. Apakah pernah melakukan pencegahan kehamilan? Seperti suntikan, spiral, kondom atau pil?

Pengambilan hormon  biasanya  masih meninggalkan kesan dalam tubuh si isteri. Cubalah untuk rajin berolahraga dan mengatur gizi makanan secara teratur dan terjaga.

3. Apakah ada dari orang tua salah satu pasangan yang memiliki keluarga besar dengan sejarah susah memiliki cahaya mata?

Ada kemungkinan , faktor gen masih merupakan perkara yang menghalang dalam memperoleh keturunan. Usahakan untuk merubah gaya hidup secara sihat dan bertanggungjawab.

4. Apakah pasangan semuanya bekerja di luar rumah? Lebih dari 10jam di luar rumah?

Bila suami isteri semuanya bekerja di luar rumah , maka semakin banyak faktor yang menghalang terjadinya pembuahan dan kesuburan. Polusi udara , keteraturan untuk istrirahat, tingkat stress dan tekan psikis merupakan berbagai problem yang harus segera dikikis.

16 Mei 2011

Di Mana Bahagia

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu". Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaanku".
Suami bertanya: "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagianmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain".
Suami bertanya dengan penuh kehairanan: "Dimanakah kebahagiaanmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan iman itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah".

Petikan daripada buku Iman dan Kehidupan oleh Dr.Yusuf al-Qaradawi
Published with Blogger-droid v1.6.8

15 Mei 2011

Sepetang di Tasik Titiwangsa

Petang2 pas hujan n lepas hantar ayahanda tercinta naik ets. Aku n en.suami bersama anak buahku(angah) n adik sedara aku(adam) ke tasik titiwangsa ronda2. . So adam suggest g litar kereta kawalan jauh. . Best jugak layan org main remote control car nie sambil berbloging. So sesapa nak membuang masa meh ler dtg beramai2 n memeriahkan keadaan disini yerk.
Published with Blogger-droid v1.6.8