21 Jun 2013

Sebagai Renungan untuk diri sendiri

::Sebagai Renungan::

“Jika kita telah berusaha tetapi masih tiada hasil, maka kita wajib percaya pada qada’ dan qadar Allah. Cahaya mata adalah hak Allah, jika Dia belum mahu mengurniakannya, maka redalah, jangan terlalu gusar kerana tidak semestinya tanpa anak kita gagal dalam hidup,”

19 Jun 2013

UPT test

Ptg nie nak cerita pasal UPT test.. Sebab apa nak cerita.. Sebabnya dah 2 tahun 7 bulan nie masa awal kahwin jer buat..Masa tue rasa sgt teruja bila x period.. Cepat2 En.Suami g belikan kat farmasi.. Sampai x boleh tido nak tunggu esok pagi..

Bila dah pagi tue rasa cam nak terjun katil lompat masuk bilik air... X sabar nak tgk keputusan.. Tapi sangat menghampakan... Smp beli yg mahal x percaya.. Keputusan tetap sama..

Wah sungguh dukacita... Tapi lama kelamaan aku dah rasa biasa sebab every month period aku x pernah miss.. Dtg bulan mmg on the spot.. So until now aku x pernah dah beli UPT test tue..

But hari ni terfikir bilakah hari yang akan aku dapat buat UPT yang ada 2 line..mesti happy en.suami dan dah tentu lah aku kan... Doakanlah aku mengandung tahun nie... Ya Allah Ya Tuhanku Hanya PadaMu aku berserah...

Ingatkan dah kawin boleh senang dpt anak... Rupanya byk dugaan dan cabarannya.. :(

18 Jun 2013

2 month to '3' series

Rasanya dah bersawang blog aku nie.. Bukan apa, takde menda cerita menarik nak diceritakan. Uhukss. Kehidupan adalah biasa. Ada naik ada turun. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih. Biasalahhh, perempuan katanya. Emosi tak stabil tuh adalah perkara biasa. Hehe.

Hari ni tetiba terfikir yang aku dah nak masuk '3 series' dah. Tapi, anak pon belum ada. Haish.....

Pastu baru terfikir lagi, 'Ishh, before I turn 30 years old kena ada seorang anak. Kena jugak!'. Padahal, macam mana laa nak 'kena jugak' ada anak sedangkan bukan urusan kita, bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan. Takpe, yang penting usaha dan tawakal. Semoga saya dan suami tak putus asa berusaha untuk dapatkan zuriat kami. Amin.

Mmmm, rasanya I'm not ready to add one more year to my ages. macam baru kelmarin umur 18 tahun! Boleh? ? :p