19 Jun 2013

UPT test

Ptg nie nak cerita pasal UPT test.. Sebab apa nak cerita.. Sebabnya dah 2 tahun 7 bulan nie masa awal kahwin jer buat..Masa tue rasa sgt teruja bila x period.. Cepat2 En.Suami g belikan kat farmasi.. Sampai x boleh tido nak tunggu esok pagi..

Bila dah pagi tue rasa cam nak terjun katil lompat masuk bilik air... X sabar nak tgk keputusan.. Tapi sangat menghampakan... Smp beli yg mahal x percaya.. Keputusan tetap sama..

Wah sungguh dukacita... Tapi lama kelamaan aku dah rasa biasa sebab every month period aku x pernah miss.. Dtg bulan mmg on the spot.. So until now aku x pernah dah beli UPT test tue..

But hari ni terfikir bilakah hari yang akan aku dapat buat UPT yang ada 2 line..mesti happy en.suami dan dah tentu lah aku kan... Doakanlah aku mengandung tahun nie... Ya Allah Ya Tuhanku Hanya PadaMu aku berserah...

Ingatkan dah kawin boleh senang dpt anak... Rupanya byk dugaan dan cabarannya.. :(

18 Jun 2013

2 month to '3' series

Rasanya dah bersawang blog aku nie.. Bukan apa, takde menda cerita menarik nak diceritakan. Uhukss. Kehidupan adalah biasa. Ada naik ada turun. Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih. Biasalahhh, perempuan katanya. Emosi tak stabil tuh adalah perkara biasa. Hehe.

Hari ni tetiba terfikir yang aku dah nak masuk '3 series' dah. Tapi, anak pon belum ada. Haish.....

Pastu baru terfikir lagi, 'Ishh, before I turn 30 years old kena ada seorang anak. Kena jugak!'. Padahal, macam mana laa nak 'kena jugak' ada anak sedangkan bukan urusan kita, bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan. Takpe, yang penting usaha dan tawakal. Semoga saya dan suami tak putus asa berusaha untuk dapatkan zuriat kami. Amin.

Mmmm, rasanya I'm not ready to add one more year to my ages. macam baru kelmarin umur 18 tahun! Boleh? ? :p

25 Mei 2013

Last minit booking hotel time cuti sekolah

Bayaran utk Hotel Seri Malaysia Marang for last minit booking.. All hotel & chalet full because school holiday. Total pay for agoda by paypal RM154.58... 19 Mei 2013 Divide by 3 total pay each RM51.. Sent from Catch Notes for Android https://catch.com

21 Mei 2013

Cameron Highland for family trip Mei 2013-part 1

Cerita nak ke Cameron asalnya main2 klik je untuk apply Banglo TNB.. Mulanya klik katanya tidak berjaya... Then satu petang di bulan April tetiba ada call in.. Katanya dari TNB Bangsar... Owh ok rupanya dia call untuk katakan yg aku dpt Banglo tu..

Yang bestnya aku nie main letak je tarikh sekali tarikh tu time weekday..Hah kan padan muka aku kena amik cuti bagai.... Yg tak sangka tu rumahnya mmg besor ler..

Nanti aku share kan gambo2 kat sana k...

Rindu untuk berblogging

Setahun sudah tak berblogging gara2 sangat malas dan takde idea nak cerita...

Tapi tgh2 mlm buta nie tetiba rasa nak bercerita... Eh bukan cerita saja2 nak menaip... :p

Rose baru je habis FINAL EXAM.. Oh nanti rose citer pasal exam yer..

Juga pasal kesihatan rose, keluarga n berapa lama dah try to conceive...

Sikit2 la dulu intro nanti Rose citer... Nite...

08 April 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

1.Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.









2.Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.








3.Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.








4.Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang & membersihkan perut.









5.Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.











6.Tembikai (segala jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.








7.Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.











8.Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.











9.Minyak Zaitun - Rawatan kulit & rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.











10.Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.











11.Cuka - Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Italy)











12.Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

17 September 2011

MaNdi WajiB (JuNuB)

Sebenarnya aku dah lama nak tahu tentang perkara yang nak dibincangkan ini. Dan akhirnya aku telah mendapat jawapan so aku nak share ngan korang semua....


Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?  

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا 
يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
 
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 ) 

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.