16 Mei 2011

Di Mana Bahagia

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu". Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaanku".
Suami bertanya: "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagianmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain".
Suami bertanya dengan penuh kehairanan: "Dimanakah kebahagiaanmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan: "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan iman itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah".

Petikan daripada buku Iman dan Kehidupan oleh Dr.Yusuf al-Qaradawi
Published with Blogger-droid v1.6.8

15 Mei 2011

Sepetang di Tasik Titiwangsa

Petang2 pas hujan n lepas hantar ayahanda tercinta naik ets. Aku n en.suami bersama anak buahku(angah) n adik sedara aku(adam) ke tasik titiwangsa ronda2. . So adam suggest g litar kereta kawalan jauh. . Best jugak layan org main remote control car nie sambil berbloging. So sesapa nak membuang masa meh ler dtg beramai2 n memeriahkan keadaan disini yerk.
Published with Blogger-droid v1.6.8

05 Mei 2011

Pelbagai ikhtiar untuk hamil

myMetro | Pelbagai ikhtiar untuk hamil

Mee Ketam Kuala Lumpur

Semalam kerja punya banyak. . Balik sampai kul 8 mlm. Nasib lar boleh claim ot. . Balik kerja my husband amik dan tetiba dia kata jom abg belanja. . .bestnya. . Dia tanya nak mkn mana? Then saya pun kata jommm makan kat mee ketam. . So cari punya carik tak dapat jumpa. Terpaksa lar call farah(opismate).
Rupanya dekat belakang unisel jer. K nie rupa mee ketam dia. Kalau nak ketam kecik ker besar ker boleh tambah. Reganya berpatutan.
Published with Blogger-droid v1.6.8

30 April 2011

Dinner bersama keluarga di Ipoh

Hari nie sangat happy coz dapat makan bersama ibu dan ayah di kampung. Kitorang suggest makan kat pakeeza. Pakeeza nie restoran makanan pakistan. Makanan dia sangat sedap dan harganya sangat berbaloi. Pakeeza nie dah lebih 20 tahun lah beroperasi. Anyway korang kalu datang Ipoh try lar makan dekat restoran Pakeeza.
Published with Blogger-droid v1.6.8

18 Mac 2011

08 Mac 2011

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2011



Selamat Hari Wanita Sedunia untuk blogger wanita.

Tahun ini International Women's Day yang dianjurkan oleh Public Services International (PSI) berkaitan dengan keazaman untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk wanita dan keluarga-keluarga mereka di seluruh dunia. Dari Kaherah, Mesir ke Winconsin, Amerika Syarikat, wanita dan lelaki telah bertindak untuk menghormati hak asasi dan kebebasan: hak kebebasan bersuara untuk menyertai sebuah kesatuan, hak untuk memperjuangkan kolektif agreement dan juga hak untuk dalam bermaruah.