18 Februari 2011

Badminton

Hai rakan2 blogger semua... dah 2 minggu rasanya tak update entri... Semuanya gara2 kesibukan bekerja. Letihnya bila bekerja ni kan. Somehow kalai kita bekerja pun kita perlukan aktiviti untuk keluarkan peluh. Ini semua untuk tubuh badan kita supaya menjadi sihat. Sebenarnya saya nie dah naik badan since 3 bulan berumahtangga nie badan menjadi2. So saya pun mencari aktiviti. Aktiviti paling banyak keluar peluh ialah badminton. Sebelum berkahwin saya selalu jogging but after berkahwin nie jadual waktu pagi terlalu padat n rushing. Sebelum kahwin rajin bangun kul 5am pergi jogging kat Tasik Taman Jaya dari Shah Alam. After dah kahwin nie adoyai pukul 5am tue masih atas katil lagi.. Al maklum lah dah ada bantal peluk... hehhehe



Ok lah kat sini saya pilih aktiviti badminton. Ini kerana badminton adalah aktiviti berkumpulan. Bila kita membuat aktiviti berkumpulan kita akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebenarnya aku nie tak lah pandai main badminton apatah lagi rules untuk main badminton. Setakat main2 untuk keluarkan peluh boleh lar. But bila ada geng yang hebat2 nie kita rasa nak jadi yang terbaik. So aku pun kenalah rajin belajar dari senior2 yang hebat nie. Tambahan pula bile tempat training aku tue selalu jumpa roslin hafiz dan razif sekeluarga main kat situ.. Barulah berkobar2 kan... hehheeh

Yang bestnya tetiba pulak ada pertandingan badminton antara jabatan pulak. Nama aku terpilih... Tekanan juga pasalnya 1st time aku nak masuk pertandingan nie. Selama nie kalu pertandingan pun time aku di bangku sekolah n kat universiti dulu. Time dah bekerja nie nie lah pertama2 kali nya saya nak bertanding. Esok adalah pertandingan badminton tersebut. Haih camna lar agaknya yerk.. dah lah bergu pulak tue. tak tido malam lah aku hari nie.

Korang kalu nak tahu tentang badminton korang boleh baca kat sini... Sejarah dan Peraturan Badminton
Ok lah yer korang doa2kan lah aku tak injured esok.... Hiduplah sukan untuk negara!!


06 Februari 2011

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Episode Akhir

Makanan kat Balikpapan yang paling best seafood iaitu kepiting (ketam). Murah sangat kitorang memang kekenyangan sangat and worth it untuk makan seafood dia. Nama restoran dia Dandito.





Gambar di atas adalah ole-ole yang dapat kitorang beli kat sana. Tak banyak pun shopping kat sana. Just untuk yang terdekat. Tapi untuk diri sendiri memang tak beli apa-apa.


Dan terakhir aku sangat happy coz dapat jalan2 cari makan n kenali budaya orang di balikpapan tambahan pula pergi bersama en suami yang tercinta... Kat bawah nie aku kasik history sikit tentang Balikpapan k...


Balikpapan merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Bandar ini memiliki wilayah seluas 946 kilometer persegi dan populasi penduduk seramai 535,829 orang (2005) Balikpapan terdiri dari 5 daerah:
  • Balikpapan Utara
  • Balikpapan tengah
  • Balikpapan timur
  • Balikpapan selatan
  • Balikpapan barat
Majoriti pendatang adalah dari Pulau Jawa, Sulawesi , dan Banjarmasin.

Kalimantan Timur ibukotanya adalah Samarinda. Gabenornya ialah  Awang Faroek Ishak . Suku kaumnya adalah terdiri dari Jawa, Bugis, Banjar, Dayak, Kutai dan suku kaum lain. Bahasa nya ialah bahasa Indonesia, Banjar, Dayak dan Kutai. Majoriti adalah agama Islam (85,2%), Kristian (Protestan & Katolik) (13,9%), Hindu (0,19%), dan Budha (0,62%) (2000).
 
Ok lah kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Balikpapan



04 Februari 2011

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Part 4

Ini adalah sebahagian picture depan lobi hotel... sangat menarik n cozy.
Ini adalah pemandangan dari hotel kami.. Bangunan2 nya tak lah tinggi sangat.
Swimming pool dia memang cantik berdepan dengan pantai tapi actually tak sampai pun kat pantai tue... Yang itu en suami yang sangat excited jadi model untuk hotel nie...hahahahha



Ini adalah hari kedua kami di Balikpapan. After breakfast dalam jam 10.00am kitorang decide untuk berjalan2 di kota balikpapan dan sentiasa bertanya orang kiri kanan apa yang menarik kat sini.
Yang kami tahu dari orang tempatan disitu actually Balikpapan nie adalah tempat orang bekerja dan bukan tempat untuk melancong. Owhhhhh yer ker... kalu nak pergi pulau2 kena pergi Samarinda 2-3 jam perjalanan dari kota Balikpapan.



So bila dapat info hanya 2 tempat menarik yang dapat kami pergi iaitu kebun sayur dan pantai manggar..
Picture kat atas nie adalah di Kebun Sayur dalam 15 min- 20 min dari pekan balikpapan tue... kitorang naik angkot reganya Rp7.000,00 bersamaan RM3.00 untuk 2 orang. Actually macam kita orang baru datang n tak tahu tempat tue kat mana pemandu angkot tue akan bagitau turun kan kita. Kalau orang tempatan yang dah biasa dia akan jerit suruh 'STOP'....

 Di Kebun Sayur nie barang-barang dia adalah batu permata macam batu yang kat cincin untuk laki tue...
Then baju2 dan beg2 manik.. Biasa jer lar tempat dia. Tak macam Pasar baru kat bandung or Tanah Abang di Jakarta. Kat sana memang shopping sakan. Kalau kat sini nak shopping tue takde menda lar sangat...


Salah satu yang boleh beli kat sini iaitu amplang(kuku macan) iaitu sejenis keropok ikan.
Tempat jual amplang nie ialah Nusantara.
Nak ke Kebun sayur kena naik angkot dari terminal BP.


Ok nak ke pantai Manggar nie juga kena naik angkot perjalanan selama 30minit. Upah angkot iaitu Rp10.000,00 . Tapi kat pantai Manggar nie lebih kurang cam kat Teluk Batik, Lumut. Actually tak ramai sangat orang gi mandi manda even hari Sabtu.



kitorang nak mandi tapi tak bawa baju... tengok jer lah dari jauh.... hhuhuhu... pantai dia sangat bersih...



 ok lah to be continued... ok!!





02 Februari 2011

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Part 3

Ok part 3 nie aku nak citer yang kat Balikpapan nie tak lar kuno... 
Tempat dia sangat aman dan bersih.
Orang kat sana ramah n baik.
Satu lagi takde pengemis kalau ada tue sangat sangat kurang.
Pasalnya kalu polisi jumpa memang kena tangkap.

Nie shopping complex dia namanya hypermarket n link dengan shopping complex matahari.
Yang aku jumpa n menarik iaitu sapi manis dia. Kalau tengok tue memang cam ba alif bay ya kan. but in balikpapan tenuk tue memang takde. Ten air badak dia banyak perisa... kalau kat malaysia air badak dia plain jer kan... ermmm...menarikkan...

Dah jenuh berjalan terasa lapar.. mostly restoran or kedai makan kat situ adalah halal.


Shopping complex kat sini adaa menyediakan internet. free jer... but use wisely ok!!!
Kat Balikpapan nie orang2nya sangat tertib mengikut peraturan. Kalau melintas must use the Zebra Line ok!! Masa nie dah sangat letih n dah tak larat nak jalan kaki balik ke hotel so kami try naik angkutan kota(angkot) reganya Rp6.000,00 bersamaan RM2.00 untuk 2 orang...
Masa balik kami tengok kat pool ada liveband.. best gak layan liveband n rugi sangat kami terlepas BBQ buffet dia murah jer n dia buat every friday..


k lah korang aku sambung nanti lah yerk... penat dok menerap jer nie...

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Part 2

Masa nie baru naik pesawat AK482 Air Asia Airbus
Sebelum tu kena isikan borang masuk ke negara Indonesia

Yeah!! Kami dah sampai di Sepinggan Airport, Balipapan
Masa nie baru sampai di Hotel tempat kami menginap iaitu di Aston Hotel Balikpapan
Mengah sikit lar coz nak ke hotel kena panjat bukit sikit dari depan jalan besar...
Dari Airport hingga ke Hotel kami mengambil masa selama 15 minit.
So kami naik teksi pasalnya kami takde info langsung pasal pengangkutan dia. 
Teksi dia kena bayar upahnya sebanyak Rp50.000,00 iaitu sebanyak RM16.90
Ini view bilik kitorang.. Actually aku tersilap ambik twin sepatunya ambil queen. So tue pasal korang nampak katil single kat belakang tue... huhuhu... atlast kitorang gabungkan katil tue jer...

Dalam hotel nie siap ada kitchen boleh masak memasak... Harga hotel tak lar mahal sangat but worth it lar.. Kurang lebih dalam RM500.00 untuk 3 hari 2 malam.


nie view memang cantekkk atas pelantar hotel. Angin sangat kuat ... best larrr...
Then petang tue terus kitorang jalan kaki ker Mall dia.. Besar jugak lar Mall dia..
Macam shopping complex kita kat malaysia nie...
OK lah kita sambung lagi pas nie yer...






01 Februari 2011

Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia Part 1

Salam semua..
Lama tak update kan blog…

Ok lah kali nie saya nak ceritakan tentang percutian saya bersama suami tercinta di Balikpapan. Actually aku sebenarnya tak tahu langsung pasal Balikpapan semuanya gara-gara Air Asia buat promosi RM33.00 sehala. Then bila aku apply untuk 2 orang jadiknya RM200.00 pergi balik termasuk tax.

Aku nie tak lar tahu sangat pasal Balikpapan nie tapi aku rajin search kat internet. Tapi tak banyak sangat yang ada info tentang Balikpapan nie. Ini adalah pertama kali aku dan suamiku ke negara orang berdua sahaja.

Mulanya risau jugak, pasal tak tahu keadaan dekat Balikpapan nie kan. Tanya kengkawan sorang pun tak tahu, gelakkan aku lagi ada. Hampeh tul... but its ok aku tak ambik hati pun... huhuhu

Sebelum aku pergi sana aku telah booking hotel melalui http://www.booking.com/ so kat sini aku boleh book but dia Cuma nak kena guna credit card untuk application tue sebagai bukti lar tapi tak bayar lagi. So aku pun pinjam lah kad kredit kakak aku. Al maklum lar gaji kecik tak mampu nak buat kredit kad.

Aku booking Hotel Aston di balikpapan. Actually korang jangan tersilap Hotel Aston nie ada 2 tempat satu kat Balikpapan lagi satu kat Samarinda

Samarinda adalah ibukota bagi Kalimantan Timur. Inipun aku baru tahu bila tanya2 orang kat Balikpapan tue.


Lambang Kota Balikpapan

Gawi Manuntung Waja Sampai Kaputing
(bahasa Banjar: Apabila memulai suatu pekerjaan harus sampai selesai pelaksanaannya)



OK lah nanti aku sambung ke part 2 yerk...